Hai, Assalamualaikum semua :>
Pada hari yang mulia lagikan indah ini, apa khabar semua ? Saya berharap anda semua sihat walafiat disamping disisi keluarga tercinta. Hasrat saya membuat blog ini adalah kerana saya ingin menceritakan pengalaman percutian saya bersama ahli keluarga yang tercinta pada cuti sekolah yang lalu di Legoland yang terletak di Johor, Malaysia. Sebelum saya menceritakan pengalaman bercuti saya, ingin ku ucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Azrena selaku guru Bahasa Melayu saya yang bertungkus-lumus menolong kami semua untuk membuat blog ini. Jadi, tanpa membuang masa anda semua, mari ikuti bersama saya dalam blog ini :)
21 Disember 2019
Tepat pada jam 7:30 malam, bermulalah perjalanan kami sekeluarga dari tempat penginapan kami di Kajang hingga ke Melaka. Kami sekeluarga bergembira dan tidak sabar untuk bercuti bersama-sama kerana sudah sekian lama kami tidak meluangkan masa bersama. Semasa dalam perjalanan untuk sampai ke destinasi kami, kami telah menyinggah di sebuah restoran yang diberi nama Asam Pedas Pak Man untuk makan malam di sana. Makanan disana sungguh lazat sekali. Bukan itu sahaja, malah restoran ini juga dijaga dengan bersih dan kemas sekali oleh pekerja-pekerjanya.
Selepas sahaja selesai makan malam, kami terus berangkat pergi ke pangsapuri kami yang terletak di The Wave Residences, Melaka. Perjalanan kami mengambil masa selama 10 minit untuk pergi ke pangsapuri kami. Setelah selamat sampai di pangsapuri kami, kami terus membawa barang-barang naik ke atas dan tidur untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.
22 Disember 2019
Pada keesokkan harinya, kami membeli sarapan di kedai yang berdekatan dengan tempat penginapan kami agar kekal bertenaga sepanjang hari. Kemudian, pada jam 4:00 petang kami bersiap untuk bertolak pergi ke Johor. Dalam perjalanan bertolak ke Johor, kami telah berhenti di RnR Pagoh dan menyinggah di restoran Ramly Burger untuk mengalas perut supaya tidak kelaparan dalam perjalanan yang agak jauh dan seterusnya meneruskan perjalanan kami ke Johor. Kami selamat sampai di Johor Bahru pada waktu malam kira-kira jam 9:30 malam. Sebaik sahaja tiba di tempat destinasi, kami bertujuan untuk makan malam di sebuah restoran yang sudah lama kami idamkan kerana masa yang tidak mengizinkan kami untuk tiba disana. Syukur alhamdulillah, Allah swt memudahkan perjalanan kami sekeluarga. Restoran itu sungguh besar dan bersih malah terdapat juga angin sepoi-sepoi yang terletak di sebelah pantai. Restoran yang kami berhenti makan pada malam itu ialah Grand Bay View.
Makanan disana sungguh lazat sekali. Selepas kekenyangan perut, kami segera pergi ke tempat penginapan kami yang telah ditempah beberapa minggu yang lalu oleh ayah saya. Nama yang diberi bagi hotel ini ialah Oak Valley Hotel. Percutian kami adalah selama 3 hari 2 malam di Johor. Tempat persekitaran serta bilik-bilik yang terdapat disana sungguh bersih dan selesa untuk diduduk selama percutian kami di Johor. Sebaik sahaja sampai di hotel yang telah ditempah, saya segera menolong ibu bapa saya membawa beg-beg yang dibawa masuk ke dalam bilik yang ditetapkan oleh pihak hotel tersebut. Pada malam itu, disebabkan kepenatan kami mengambil keputusan untuk tidur awal supaya pada keesokan harinya kami dapat bangun awal untuk bertolak awal pagi ke Legoland.
23 Disember 2019
Hari yang dinanti-nantikan oleh kami sekeluarga untuk bercuti dimana pada hari pertama itu, kami berpeluang untuk pergi ke Legoland setelah sudah beberapa tahun lalu tidak bercuti ke Legoland. Pada pukul 5:30 petang, kami sekeluarga telah bangun pada awal pagi untuk menunaikan solat fardu Subuh dan seterusnya bersiap untuk bertolak pergi agar tidak lewat sampai di sana dan tidak berlaku kesesakan orang ramai untuk masuk ke dalam kawasan Legoland tersebut. Sebelum bertolak, kami bercadang untuk mengambil sarapan pagi yang berdekatan dengan tempat penginapan kami supaya perut kami tidak meragam lapar sewaktu melakukan aktiviti. Tepat pada pukul 10:00 pagi, kami selamat sampai di Legoland. Kami sekeluarga begitu gembira dan tidak sabar sekali untuk masuk ke dalam kawasan Legoland. Sebelum masuk ke dalam kawasan Legoland, kami dikehendaki mengimbas bar kod yang merupakan tiket Legoland kami sekeluarga.
Selepas berjaya memasuki pintu masuk utama, kami telah membuat kad untuk 'Triple-Park Pass' dimana kad tersebut boleh digunakan selama setahun sahaja untuk masuk ke dalam 'Themepark', 'Waterpark' dan 'Sealife' yang terdapat di Legoland,Malaysia. Kad ini juga berfungsi untuk mendapatkan diskaun setiap pembelian barangan atau makanan yang dibeli di dalam kawasan Legoland itu. Pada hari pertama, kami telah merancang untuk meneroka 'Themepark' yang terdapat di Legoland. Kami menghabiskan masa kami di sana dengan bermain segala permainan yang disediakan oleh pihak Legoland Malaysia seperti 'Ninjago Ride', melawat 'Miniland Legoland', 'Roller Coaster Lego Race', 'Technic Twister' dan bermacam-macam lagi permainan yang telah kami main serta terokai di sana. Permainan yang disediakan sungguh menarik dan terdapat sedikit permainan yang mencabar. Tambahan pula, pada masa yang sama permainan di sana boleh dikonklusikan sebagai menguji keberanian serta keyakinan diri seseorang. Pada pukul 12:30 tengah hari, kami telah berhenti sebentar untuk makan tengah hari di 'Pizza Mania' serta menunaikan solat Zuhur di surau yang berdekatan untuk berehat sebentar. Selepas selesai makan, kami meneruskan aktiviti kami sekeluarga sehingga lewat petang di Legoland.
Setelah kepenatan meneroka tempat di Legoland, kami mengambil keputusan untuk rehat seketika sebelum pulang balik ke tempat penginapan kami disebabkan kawasan di Legoland akan ditutup dalam masa sejam lagi memandangkan pada waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 6:15 petang. Kami telah membeli segelas air yang untuk dikongsi bersama serta gula-gula kapas sebagai makanan ringan pada waktu itu. Sebelum melangkah keluar pintu masuk utama, kami telah menyinggah kedai cenderahati yang terdapat di Legoland yang dikenali sebagai ‘Big Shop' untuk membeli cenderahati sebelum kami bertolak. Setelah itu, kami melangkah keluar dari kawasan Legoland dan telah menangkap beberapa gambar kami sekeluaga dihadapan pintu masuk utama Legoland untuk dijadikan kenangan bersama.
Jam menunjukkan pukul 7:15 petang. Kami segera pulang dan menuju ke tempat parkir kereta yang telah diparkir oleh ayah saya. Selepas setengah jam berada di dalam kereta, kami sekeluarga tertidur kerana kepenatan bermain di Legoland kecuali ayah saya yang sedang memandu kereta untuk meneruskan perjalanan. Kira-kira pukul 9:00 malam, kami telah berhenti di kedai mamak yang berdekatan dengan tempat penginapan kami untuk makan malam di sana. Saya telah memesan menu makanan Nasi Goreng Ayam. Disebabkan terlalu lapar pada malam itu, saya telah menghabiskan nasi goreng itu dengan cepat sekali :) Selepas itu, kami segera pulang balik ke hotel kami kerana terlalu kepenatan pada malam itu.
24 Disember 2019
Pada hari kedua, percutian kami diteruskan lagi dengan bercuti bersama keluarga saya di Legoland. Pada hari itu, kami telah meneroka 'Sealife' yang baru dibuka beberapa tahun yang lalu di Legoland. Pada pagi itu, kami telah bersiap awal dan pergi ke kedai mamak untuk bersarapan pagi. Saya telah memesan menu roti canai di kedai itu. Kemudian, kami bergegas pergi ke Legoland semula pada hari itu dan masuk ke dalam kawasan 'Sealife'. Kami telah memasuki pintu masuk 'Sealife' yang terletak dihadapan pintu masuk utama 'Legoland'. Pekerja di 'Sealife' telah mengimbas bar kod yang terdapat pada kad 'Triple-Park Pass' sebelum kami melangkah masuk dalam kawasan tersebut.
Saya terpegun apabila masuk ke dalam kawasan 'Sealife' kerana begitu indah serta cantik sekali pemandangan hidupan laut yang terdapat disitu. Terdapat pelbagai hidupan laut yang cantik disana. Kami telah menangkap gambar sebanyak yang mungkin untuk dijadikan kenangan. Saya juga berpeluang untuk memegang hidupan laut yang terdapat disana seperti 'Chocolate Chip Starfish'. Tekstur tapak sulaiman tersebut seperti batu yang keras apabila disentuh. Selain itu, terdapat juga pelbagai hidupan lain seperti kuda laut, obor-obor elektrik dan sebagainya. Gambar-gambar dibawah merupakan hidupan laut yang terdapat disana.
![]() |
| Chocolate Chip Starfish |
Selepas selesai meneroka hidupan laut di dalam 'Sealife', kami terus pergi ke 'Waterpark' Legoland yang terletak di hujung kawasan Legoland. Sebelum masuk ke dalam kawasan yang mempunyai air, kami dikehendaki untuk menukar pakaian sedia ada kami kepada pakaian renang bagi membolehkan kami masuk ke dalam kawasan air. Terdapat ramai orang berada di dalam 'Waterpark' pada hari itu. Kami telah bermain pelbagai jenis permainan yang terdapat disana seperti 'Brick Blaster', 'Build-A-Raft River', 'Lego Slide Racers', 'Splash 'N' Swirl' dan sebagainya. Kami menghabiskan masa kami sekeluarga di 'Waterpark' sepanjang hari itu sehingga lewat petang. Begitu banyak sekali pengalaman yang saya peroleh apabila bercuti di Legoland. Matahari mula ingin terbenam, kami pun segera pulang sebelum langit menjadi gelap.
25 Disember 2020
Pada keesokan harinya, kami mula bertolak daripada tempat penginapan kami untuk pulang balik ke Kajang. Saya berasa sedih untuk meninggalkan tempat itu. Saya berharap agar kami sekeluarga dapat bercuti ke Legoland pada masa akan datang. Saya juga berasa bersyukur kerana saya dan keluarga berpeluang untuk bercuti seperti ini. Saya mendoakan agar kami sekeluarga dimurahkan rezeki yang melimpah ruah pada masa akan datang.
Akhirnya, penulisan blog saya sudah sampai dihujung ayat. Konklusi yang saya peroleh melalui penulisan blog ini adalah saya dapat mengekalkan warisan negeri Johor mahupun negara Malaysia dengan berkongsi pengalaman bercuti saya semasa berada disana untuk memberi kesan yang mendalam kepada para pembaca. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu mengekalkan tempat ini agar dapat dikunjungi lebih ramai pelancong mahupun dalam serta luar negara. Sebagai contoh, daripada segi kebudayaan seperti makanan mahupun bangunan yang terdapat disitu. Seperti yang anda tahu, bangunan atau replika yang terdapat disana kebanyakkannya menggunakan 'Lego' yang dibina sendiri di kilang mereka. Hal ini menyebabkan ramai pelancong tertarik untuk melancong kerana terdapat banyak keunikan di tempat itu. Akhir kata, saya berharap agar negara Malaysia dapat terus maju kehadapan seperti sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk. Sampai disini sahaja blog saya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengunjungi blog saya ini. Semoga kita diketemu di masa hadapan dengan izin Allah swt. Selamat tinggal. Assalamualaikum.



























Terima kasih atas perkongsian anda!!Sangat menarik dan kreatif!!💓👍🏻
ReplyDeleteWahh sangat menarik dan menghiburkan apabila saya membacanya ;) tahniahhh !
ReplyDeleteWah! Sungguh menakjubkan 👻
ReplyDeleteWah ! Menarik .
ReplyDeletewah! penulisan yang sungguh menarik bahkan membuatkan saya ingin berkunjung kesana juga. Gambar dan penulisan juga sangat terperinci.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBlog yang menarik dah sangat bagus ��
ReplyDeletemenarik sungguh perkongsian anda!
ReplyDeleteWah!Saya amat teruja membaja blog anda kerana blog anda sangat menarik dari segi jalan ceritanya dan banyak lagi.
ReplyDeletepenulisan yang sungguh menarik dan gambar-gambar yang sangat cantik😍
ReplyDeleteMenarik sehingga membuatkan saya tertawa sendiri
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePerkongsian blog oleh saudari Nurin amat menarik🤩
ReplyDeletesungguh menarik pengalaman dan perkongsian anda
ReplyDeleteMenarik sungguh penulisan blog saudari. Apabila saya membaca blog ini, saya tersenyum lebar kerana dapat merasai kemeriahan pelancongan saudari di Legoland.
ReplyDeleteDua tiga kucing berlari, menarik sekali blog ini. Blog ini penuh perkongsian yang bermanfaat.
ReplyDeleteWahh, blog anda yang sangat menarik dengan isi yang baik. Anda memberikan inspirasi kepada saya untuk ke taman tema Legoland. Terima kasih atas perkongsian anda!👍👍👍
ReplyDeleteWah wah wahh! Blog yang dihasilkan ini sangat menarik.. Pastinya pengalaman yang tidak boleh dilupakan.
ReplyDeletemenarik sungguh blog kamu ye nurin. saya berminat kerana ianya menarik perhatina saya
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik untuk dibaca. Saya berharap agar anda menjadi blogger berjaya pada masa akan datang
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik untuk dibaca. Saya berharap agar anda menjadi blogger berjaya pada masa akan datang
ReplyDeleteSedar tak sedar, saudari Fathiyyah telah membuka mata saya terhadap keindahan negeri-negeri di Malaysia. Terima Kasih Saudari!!
ReplyDeleteWahh,perkongsian yang sangat menarik! Teruja saya membaca blog awak :D
ReplyDeletePerkongsian yang sangat menarik !
ReplyDeleteBlog sahaja sudah menarik! Perkongsian tentang percutian anda juga menambah lagi minat pembaca. Teruskan menulis blog.
ReplyDeleteBlog awak amat penuh dengan info yang menarik perhatian saya untuk meneruskan baca. Gambar yang begitu kelihatan seronok membuatkan saya ingin ke sana.
ReplyDeleteBlog yang menarik dan mempunyai maklumat yang berguna.Setelah membaca blog ini,saya tertarik untuk kesana.
ReplyDeleteWah ! Seronoknya saudari dapat melihat hidupan laut secara langsung. Tidak sia-sia percutian saudari. Sebagai pencinta alam hidupan akuatik, syabas saya ucapkan kerana kesudian saudari untuk memberi pengetahuan kepada awam tentang hidupan istimewa ini!
ReplyDeletePerkongsian info dan pengalaman yang menarik. Sedar tidak sedar, anda telah membantu pihak Legoland dalam usaha menarik pelancong untuk sentiasa mengunjung Legoland setiap kali musim percutian tiba.
ReplyDeleteWah..menarik sungguh cara penulisan anda...cara anda menyampaikan maklumat sangat terperinci dan membantu pelancong yang lain jika ingin melancong di tempat yang disarankan.cantiknya kamu blog..kreatif
ReplyDeletePerkongsian yang penuh dengan maklumat ! Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman awak, Nurin :)
ReplyDeleteWah, Sungguh menarik sekali blog kamu ini! Kamu membuatkan saya teringin untuk bercuti di tempat percutian kamu ini.
ReplyDeleteasalamualaikum.selepas membaca blog anda(padahal baca sikit je),saya rasa anda ni boleh menjadi seorang blogger yang sukses pada masa hadapan.Selain itu,terdapat banyak juga gambar yang anda masuukkan ke dalam blog anda dan itu membuatkan blog anda nampak lebih padat dan menarik untuk dibaca.sekian daripada saya dan saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri walaupun belom raya wkwkwkwkwkwkwkwk.
ReplyDeletesaya amat suka akan cara kamu menyampaikan blog anda. Tempat anda sangat menarik.
ReplyDeleteIdea yang menarik dan lengkap. Ayat yang gramatis dan cukup diperkembangkan. Gambar-gambar yang disertakan juga cukup menarik minat saya untuk melawat Legoland.
ReplyDeletemenarik sungguh blog saudari , terima kasih atas perkongsian .
ReplyDeleteinteresting! Love to read it
ReplyDeletewahh menarik sungguh blog ini,Isinya juga padat!
ReplyDeleteSaya sangat teruja membaca blog anda kerana templat yang awak gunakan ungguh menrik hati saya. Gambar yang awak ambil juga semuanya cantik-cantik belaka.👍
ReplyDeletesungguh menarikk
ReplyDeleteSungguh menarik sekali blog kamu ini! Kamu membuatkan saya teringin untuk bercuti di tempat percutian kamu ini
ReplyDeleteBlog yang sungguh menarik tertarik dan sebagainya. ianya menunjukkan keindahan disana. Menggunakan bahasa yang sungguh dramatis.
ReplyDeleteamat menarik😍
ReplyDeleteWah! Gaya penulisan anda sangat menarik perhatian saya. Terselit juga penggunaan ayat-ayat gramatis yang mudah difahami pembaca.
ReplyDeleteMenariknya!Saya tidak pernah berkunjung ke Legoland...Dengan membaca blog awak,saya berasa ingin pergi kesana sekarang juga.
ReplyDelete:)
Wahh!!menariknya blog yang anda hasilkan ini��..Penulisan yang jelas dan menarik����
ReplyDeleteGaya penceritaan penulis yang menarik telah menarik minat saya. Bukan itu sahaja, penghasilan blog yang kreatif juga turut menarik perhatian saya untuk terus membaca nlog penulis.
ReplyDeleteCantik sungguh blog awak . Tambahan pula , blog awak cukup kreatif dan menarik . Saya amat berpuas hati selepas membaca blog kamu :D
ReplyDeleteSungguh menarik dan cantik perkongsian blog kamu Nurin :D Saya seperti ingin ke sana suatu hari nanti. Semoga terus sukses yaa !!
ReplyDeleteBlog yang sungguh menarik tertarik dan sebagainya ianya menunjukkan keindahan disana. Menggunakan ayat yang sungguh dramatis.
ReplyDeletePenceritaan yang menerujakan. Saudari Nurin telah membautkan saya ingin ke sana sekarang juga!
ReplyDeleteBlog yang dihasilkan sunnguh menarik. Penulis menceritakan pengalamannya dengan jelas dan ringkas. Penulis juga meletakkan gambar yang mencatatkan detik-detik ketika percutiannya. Tahniah kerana berjaya menghasilkan blog yang menarik dan menceriakan. :)
ReplyDeleteSungguh teruja saya membaca blog saudari Nurin! Penulisan serta gambar yang dipamerkan sungguh menarik!
ReplyDeletePelbagai gambar menarik dipaparkan pada blog ini. Saya berharap saudari dapat meneruskan membuat blog yang kreatif dan menarik.
ReplyDeleteCerita yang sangat menarik! Saya harap saya juga dapat pergi ke tempat percutian yang diceritakan ini.
ReplyDeleteWah! Manis sekali pengalaman anda bersama keluarga di Legoland. Tahniah dan syabas atas perkongsian yang menarik ini.🤩
ReplyDeletewah menarik sungguh pengalaman anda semasa cuti . tempat -tempat yang awak kunjungi sungguh menarik dan tertarik membuatkan saya juga ingin pergi ke sana
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian anda yang sangat menarik! Penulisan blog yang bagus dan penceritaan yang mudah difahami oleh pembaca
ReplyDeleteperkongsian ini memberikan maklumat yang sangat jelas untuk pembaca dan menarik minat pembaca untuk datang ke sana .
ReplyDeleteBlog ini penuh dengan perkongsian yang bermanfaat. Gaya penceritaan juga amat santai dan menarik minat saya untuk membaca blog ini. Syabas saya ucapkan kepada saudari Nurin.
ReplyDeleteWahai saudari, saya amat gemar akan blog anda. Penyusunan elemen-elemen yang berwarna-warni sangat menyegarkan mata, Ya Rabbi, cantik sungguh. Perkongsian saudari juga tidak dilupakan. Saya tertarik dengan pengalaman saudari melancong di Legoland. Pelbagai tarikan yang terdapat di situ diceritakan oleh saudari dengan ringkas dan padat untuk dibaca. Saya sebagai pembaca blog anda, sangat teruja dan bersetuju dengan pendapat saudari. Hebat saudari!
ReplyDeleteSungguh menarik blog saudari yang penuh dengan info dan gambar-gambar yang sangat berguna untuk pelancong yang ingin ke Legoland.Perkongsian saudari juga sangatlah berguna dan menarik minat saya untuk berkunjung ke sana. :D
ReplyDeletePerkongsian yang menarik daripada saudari Nurin.Anda telah membuatkan saya berasa ingin ke sana sekarang juga!
ReplyDeleteMenarik sungguh perkongsian daripada kamu . Cara penulisan blog juga sangat menarik dan kreatif . Terima kasih kerana berkongsi pengalaman yang menarik ini .
ReplyDeleteMenarik sungguh blog saudari.Blog yang disediakan ini sangat kemas dan terperinci tidak kira dari sudut penulisan bahkan dari sudut gambar juga. Tentu saudari sungguh gembira semasa berada disana. Semoga terus sukses menulis blog seperti ini lagi.
ReplyDeletePenulisan blog saudari Nurin amat menarik! Saya yakin ramai pelancong akan tertarik dengan tempat yang dilawati.
ReplyDeleteBlog yang menarik. Cara penulisan yang kreatif. Saya tidak pernah pergi ke Legoland sebelum ini, jadi saya rasa seronok membaca blog anda. Tahniah!
ReplyDeleteWalaupun telah beberapa kali pergi ke Legoland, tetapi saya tidak dapat untuk pergi ke Sealife dan Taman Tema Air di sana. Perkongsian ini amat berguna sebagai panduan untuk saya pada masa akan datang
ReplyDeleteBlog yang amat menarik kerana penulis berkongsi pengalaman secara kreatif.Gambar yang diambil juga cantik dan menarik.Blog ini mungkin boleh dijadikan panduan kepada pelancong yang akan datang.
ReplyDeletePerkongsian yang menarik!Anda telah membuatkan saya rasa untuk ke Legoland sekali lagi.Saya amat bangga dengan anda kerana telah mempromosikan tempat yang menarik di Malaysia untuk memajukan industri pelancongan negara kita.
ReplyDeleteWah,menarik sungguh blog saudari! Penggunaan ayat yang gramatis dan gaya penulisan yang mudah difahami. Gambar-gambar yang dikongsikan menarik sekali. Teruja saya membaca blog saudari.
ReplyDeleteSeronok saya membaca blog awak Nurin. Awak menerangkan secara terperinci sepanjang awak berada di Legoland. Saya juga baru tahu yang Sealife telah dibuka di Legoland disebabkan sudah lama tidak ke sana. Saya juga ingin ke sana pula untuk merasai peluang ke Sealife untuk melihat keadaan di dalam laut. Terima kasih atas perkongsian awak.
ReplyDeleteDua tiga kucing berlari,menarik sekali blog ini! Saya setuju dengan pandangan saudari.Berkongsi pengalaman melawat tempat merupakan salah satu cara untuk melestarikan adat dan budaya kita. Perkara ini mungkin kelihatan mudah tetapi impaknya besar.
ReplyDeleteMenarik sungguh blog awak ini! Pengalaman yang paling seronok adalah bersama-sama dengan keluarga. Saya harp satu hari nanti saya dapat ke Legoland juga bersama-sama dengan keluarga saya!
ReplyDeleteWahh seronoknya perkongsian pengalaman saudari ini ! Terhibur saya membacanya. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda dengan para pembaca
ReplyDeleteWah pengalaman anda sungguh membuat saya ingin pergi ke sana sekali lagi.Cara penulisan anda juga bagus dan informasi yang diberikan sangat teliti seperti aktiviti yang terdapat di Legoland.
ReplyDeletewah sangat menarik penulisan blog kamu, Nurin! Kini saya berasa seperti ingin mengunjungi ke tempat tersebut 😭
ReplyDeleteWah teruja saya semasa membaca blog saudari ! Blog dipenuhi dengan gambar dan penulisan yang padat dan mudah difahami. Blog saudari membuatkan saya ingin ke sana juga.
ReplyDeletePerkongsian yang sangat ringkas tetapi menarik :D saya sangat teruja membaca blog awak, Nurin ^^ Terima kasih atas perkongsian awak <3
ReplyDeleteSaya sangat teruja dapat membaca blog kamu. Perkongsian yang sangat menarik! Saya harap saya juga dapat bercuti di sana nanti.
ReplyDeletePerkongsian yang menarik dan bagus.Saya yakin anda sangat gembira bercuti bersama keluarga.Gambar yang jelas dan terang membuatkan lagi ramai pembaca tertarik untuk membaca.
ReplyDeletewah sungguh menakjubkan. tahniah atas usaha anda. anda mempunyai penulisan yang kreatif lagi menarik. semoga penulisan anda menjadi terkenal
ReplyDeleteBlog yang sangat cantik dan menarik.Penulisan blog yang amat mudah dan anda juga menggunakan ayat yang gramatis yang membuatkan penulisan blog anda menjadi menarik.Terima kasih saudari.
ReplyDeleteWah!Saya sangat teruja melihat tempat perlancongan yang kamu pergi bersama keluarga.Saya harap saya dapat ke sana juga nanti.
ReplyDeleteSaya berasa kagum kerana saudari telah berkongsi pengalaman bercuti di Legoland. Blog ini boleh menjadi panduan kepada pelancong sekaligus dapat meningkatkan ekonomi negara.
ReplyDeleteBlog yang anda hasilkan amatlah menarik sekali. Saya dapat merasakan yang anda bakal menjadi seorang blogger yang berjaya.
ReplyDeleteWah,menarik sungguh percutian kamu ini.Saya amat berharap pada masa yang akan datang saya akan bercuti di sana juga.
ReplyDeleteWahh, blog anda yang sangat menarik dengan isi yang baik. Anda memberikan inspirasi kepada saya untuk ke taman tema Legoland. Terima kasih atas perkongsian anda!👍👍👍
ReplyDeleteHebatnya saudari membina ayat yang begitu gramatis dan mudah difahami. Saudari juga seorang yang kreatif . Saya amat menyukai blog anda. Teruskan berkongsi lagi !
ReplyDeleteSaya suka dengan blog anda. Ayat yang diberi sangat mengikut gramatis dan isinya menarik. Tahniah saudari Nurin.
ReplyDeleteWahh! Blog anda sangat menarik dan mengujakan. Blog anda juga membuat pembaca tertarik dengan kehabatan anda dalam mengarang ayat. Tahniahh
ReplyDeleteWah, cblog awak sangat cantik dan kreatif! Ayat yang gigunakan juga gramatis dan mudah difahami. Terima kasih di atas perkongsian.
ReplyDeleteBlog anda sangat menarik dan mengujakan. Blog anda juga membuat pembaca tertarik dengan kehebatan anda dalam mengarang ayat.
ReplyDeletePerkongsian ini memberikan maklumat yang sangat jelas untuk dibaca dan menarik minat saya untuk kunjungi tempat tersebut.
ReplyDeleteWahh,menariknya blog awak,saudari Nurin!!Jalan cerita yang menarik dan kreatif.Gambar-gambar yang disertakan dapat menarik lagi perhatian pembaca untuk mengunjungi Legoland.
ReplyDeleteSaya berasa amat teruja apabila membaca blog saudari kerana gambar-gambar yang ada sangat cantik.Gaya penulisan juga tidak kurang hebatnya.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian anda,saya sangat tertarik untuk berkunjung ke tempat itu dan diucapkan syabas kerana berjaya menghasilkan sebuah blog ini.
ReplyDeletewahhh perkongsian yang menarik bahkan membuatlan saya ingin ke sana juga. Gambar serta penerangan yang jelas. Bagus!
ReplyDeletePenulisan blog yang sangat cantik! Terima kasih atas perkongsian anda ini, saya harap saya dapat ke sana satu hari nanti 😁.
ReplyDeleteBlog yang menarik dan mempunyai maklumat yang berguna.Setelah membaca blog ini,saya tertarik untuk kesana.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian anda,saya sangat tertarik untuk berkunjung ke tempat itu dan diucapkan syabas kerana berjaya menghasilkan sebuah blog ini.
ReplyDelete